1. Pemohon mestilah berumur 12 tahun dan ke atas.
  2. Mempunyai asas agama yang baik.
  3. Pemohon mestilah yang sudah Mumayyiz ( pandai berdikari dan boleh membezakan yang baik dan buruk ).
  4. Mempunyai asas pembacaan al quraan dan asas ilmu tajwid.
  5. Mempunyai asas menulis dan membaca dalam bahasa melayu.
  6. Mempunyai keinginan dan minat sendiri untuk belajar , tanpa sebarang paksaan.
  7. Pemohon yang pernah belajar di madrasah lain perlu membawa surat berhenti madrasah / sekolah lama dan sijil-sijil yang berkenaan.
  8. Pelajar yang telah tamat (khatam atau syahadah )di madrasah terdahulu akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian DUAZ dan akan ditempatkan di kelas yang berkesesuaian baginya.
  9. Sihat tubuh badan fizikal dan mental.
  10. Tidak mempunyai rekod penyalahgunaan dadah / bahan-bahan yang memabukkan (Termasuk Rokok).
  11. Pemohon yang mempunyai rekod disiplin akan dinilai terlebih dahulu oleh jawatankuasa penilaian DUAZ kemudian akan dibentangkan di dalam mesyuarat asatizah terlebih dahulu.
  12. Setiap permohonan baru akan melalui proses temuduga oleh Guru yang bertauliah.
  13. Keputusan penerimaan bagi setiap permohonan baru akan dimesyuaratkan oleh pihak Pentadbiran DUAZ selepas ditemuduga, kemudian akan dimaklumkan melalui talian hp ibubapa/penjaga yang dinyatakan di dalam boring pendaftaran.
  14. Berjanji dan berikrar untuk mematuhi segala peraturan madrasah DUAZ yang telah ditetapkan.
  15. Ibubapa/Penjaga bersedia untuk menanggung kos pengajiannya sehingga tamat.
  16. Tidak mempunyai rekod jenayah polis atau kes (berat) mahkamah.
  17. Lulus Temuduga.