Outing

  1. Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.
  2. Pelajar dikehendaki meletakkan kad pelajar di pondok pengawal.
  3. Pelajar dikehendaki mengambil semula kad pelajar .
  4. Pelajar yang tidak mempunyai kad keluar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah.
  5. Pelajar dikehendaki balik ke sekolah tidak lewat dari jam 6.00 petang.

Keluar Kawasan Bersama Keluarga

  1. Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.
  2. Pelajar dibenarkan outing pada hari Ahad minggu kedua mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Pelajar dikehendaki meletakkan kad tersebut kemudian mengambilnya semula sekembalinya ke kawasan madrasah.
  4. Waris tidak dibenarkan membawa keluar pelajar-pelajar lain yang bukan tanggungjawab mereka.
  5. Hanya waris yang nama mereka di dalam senarai jagaan kad pelajar dibenarkan mengambil dan membawa pelajar-pelajar keluar.
  6. Pelajar dibenarkan outing 1 kali dalam sebulan.
  7. Waris dikehendaki menghantar semula pelajar ke madrasah tidak lewat dari jam 6.00 petang hari tersebut.

Pelajar dan waris berkenaan mestilah mematuhi jadual outing dan balik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Ulum Az Zahra serta peraturan-peraturan lain yang telah ditetapkan.

Bermalam Di Rumah Ibu/Bapa/Penjaga

Pelajar pulang pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran pada setiap akhir bulan (Long weekend). Pelajar tidak dibenarkan tidur di rumah kawan semasa cuti tanpa perbincangan dan persetujuan ibubapa/penjaga dan pihak pentadbiran.

Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.

Keluar Kawasan Atas Urusan Penting

Berikut adalah kebenaran keluar kawasan atas urusan penting yang dibenarkan:

Ibubapa /penjaga menghantar surat permohonan kepada Mudir/ PK HEM sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh permohonan.

WAKTU MELAWAT

Jika berlaku Kematian/Kecemasan (kemalangan waris terdekat) Sakit berjangkit/ kritikal/ Menghadiri kenduri kahwin keluarga terdekat (bukti surat jemputan)

Menghantar ibu/ bapa/ adik beradik menunaikan haji atau menyambung pelajaran ke luar negara (pertama kali beserta surat)

  1. Waktu Pelawat (ibubapa/penjaga/waris) dibenarkan melawat adalah ditetapkan seperti berikut:-
  2. Masa kecemasan atau hal lain yang mustahak, ibubapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Mudir/ Guru bertugas atau warden bertugas terlebih dahulu.
  3. Semua pelawat hendaklah dilayan di pejabat pentadbiran atau di surau. Pelawat dilarang masuk ke dalam kawasan asrama, dewan makan atau bilik kelas.
  4. Pelajar tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki atau perempuan melainkan pelawat yang dibenarkan.
  5. Setiap pelawat yang mahu membawa pelajar keluar daripada kawasan madrasah mestilah memastikan pelajar itu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti cara berpakaian/ masa keluar, tatatertib dan sebagainya.
  6. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan tamat.
  7. Pada waktu persekolahan, sekiranya kecemasan atau hal yang mustahak, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Mudir atau pihak pentadbiran.
  8. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik kelas untuk bertemu dengan pelajar tanpa merujuk kepada pejabat terlebih dahulu.
  9. Semua pelawat dilarang masuk melalui pintu belakang Darul Ulum Az Zahra.
  10. Penghantaran barang dilarang sama sekali kecuali pada waktu lawatan sahaja.

• Waktu melawat perlu dipatuhi oleh ibubapa untuk mengelakkan gangguan proses pembelajaran pelajar.