Yuran pendaftaran kemasukan hanya sekali sebanyak RM700.00
(Tidak termasuk yuran bulan pertama).
Dan yuran bulanan RM400.00 x 12 bulan setahun.
Dokumen pemohon yang diperlukan semasa ditemuduga
  1. Salinan kad pengenalan / surat beranak pemohon dan ibubapa/penjaga
  2. Salinan sijil/surat berhenti sekolah/maahad/madrasah terdahulu
  3. Salinan Tranksrip/sijil yang berkaitan/ bukti pencapaian pendidikan sebelum ini.
Pakaian seragam
  1. Jubah atau kurta putih ( sekurang kurangnya 3 helai )
  2. Kopiah dan serban putih ( bilangan mengikut keperluan )
  3. Baju t-shirt putih ( bilangan mengikut keperluan )
  4. Seluar putih ( bilangan mengikut keperluan )
  5. Kain pelikat ( bilangan mengikut keperluan )

***Nota: Memakai pakaian seragam adalah DIWAJIBKAN semasa berada di dalam kelas, solat dan majlis rasmi madrasah.

Pakaian di luar kelas
  1. Baju t-shirt yang tidak bergambar dan patuh shariah
  2. Seluar yang melepasi paras lutut dan patuh shariah

***Nota: Pakaian yang tidak patuh shariah ,tulisan atau gambar, yang ketat, menyerupai sifat kewanitaan, melambangkan kumpulan tertentu, ajaran sesat atau parti politik DILARANG sama sekali.

Buku
  • Digalakkan untuk menggunakan Al quran hak milik sendiri
  • Bagi kelas jurusan ilmu shariah selain dari alatan tulis, penuntut perlu membeli kitab mengikut silibus dan tahun masing – masing. Harga kitab adalah berbeza mengikut kelas.
  • Alatan tulis tidak disediakan bagi pelajar jurusan shariah atau tahfizul quran
Bilik
  1. 2 helai cadar (tidak bergambar/kosong berwarna biru )
  2. Bantal, sarung bantal dan selimut (tidak bergambar )
  3. Kunci/manga bagi almari
  4. Bakul baju kotor

    ***Nota: Katil, tilam dan almari disediakan sebagai AMANAH oleh pihak Darul Ulum Az Zahra.
    ***Nota: Barang- barang keperluan diri yang lain perlu dibawa: Baldi,Sabun,Gelas,Botol Air & Lain Lain.

Antara barang-barang yang dilarang adalah
  1. Gajet telekomunikasi, alatan muzik hiburan, Radio/mp3/mp4/i-pod/ dan seumpamanya
  2. Rokok/vape/bahan-bahan yang memabukkan dan merosakkan jasmani.
  3. Komik kartun/majalah hiburan/Novel cinta.
  4. Senjata tajam/peralatan merbahaya/mercun.
  5. Barangan elektrik; pemanas air, pengering rambut, pembakar roti dan lain lain.
  6. Barangan berharga.