Kesalahan-Kesalahan disiplin
- Tidak menepati masa / lewat datang dan pulang awal dari kelas/ kelas mutala’ah/ (outing) dan melanggar undang undang yang telah ditetapkan dalam peraturan madrasah.
- Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas.
- Tidak mematuhi arahan pihak pentadbiran.
- Tidak menjaga kebersihan madrasah, asrama, kawasan persekitaran dan kesihatan diri sendiri.
- Tidak menghadiri perjumpaan/ aktiviti yang telah ditetapkan.
- Solat dalam bilik/dorm.
- Berkelakuan kurang sopan / bising/ mengganggu ketenteraman awam sama ada di madrasah atau di mana-mana juga yang boleh mencemar nama baik madrasah.
- Menyalahgunakan kemudahan madrasah seperti menconteng bangunan, menampal poster yang tidak berkenaan, papan kenyataan ,kelas dan lain-lain.
- Tidak menjaga keselamatan diri/ harta benda sekolah/ pelajar-pelajar lain.
Tindakan
- INDIVIDU : KERJA AMAL KELAS ATAU BILIK : DITAHAN DARI KELAS/ TAHAN OUTING
- Memaklumkan kesalahan kepada ibubapa/penjaga.
- Direkodkan sebagai kesalahan disiplin sehingga tiga kali dan akan dipindahkan dalam rekod pemerhatian.
Kesalahan disiplin kelas
- Ponteng perhimpunan / kelas harian/ kelas mutalaah / aktiviti atau program madrasah.
- Tidak mengulang sabak selama beberapa hari, didapati menipu dan membantah arahan guru dalam kelas atau kakitangan.
- Meniru dalam ujian/peperiksaan.
- Masih membantah keputusan/arahan pihak pejabat, warden, guru disiplin, penolong kanan dan mudirah walaupun telah diberi amaran beberapa kali.
- Menunjukkan sikap bongkak dan menghina guru dan kakitangan Darul Ulum Az Zahra.
- Menyalahgunakan kegiatan seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando dan sebagainya.
- Mengulangi kesalahan-kesalahan disiplin lebih daripada tiga kali.
KESALAHAN DISIPLIN DAN TINDAKAN.
- Menyimpan gambar-gambar artis dalam bentuk soft copy atau hard copy yang berunsur hiburan.
- Membawa barang-barang berupa pakaian, alat-alat elektronik/berharga (gajet) dan lain-lain yang dilarang oleh sekolah.
- Direkod sebagai kesalahan sederhana dan membuat akuan bertulis .
- Tahan dari keluar outing sebulan kecuali jadual bercuti yang ditetapkan.
- Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling dan kes dibawa ke mesyuarat bersama semua guru.
- Digantung persekolahan.
- Dibatalkan keputusan keseluruhan mata pelajaran yang diambil dalam ujian/ peperiksaan dan ditandakan 0 dalam sistem keputusan peperiksaan.
- Dimaklumkan kepada ibubapa/ penjaga dan akujanji bertulis serta dipindahkan dalam rekod kesalahan berat bagi kesalahan berulang tiga kali. Jika diulangi buat kali ke empat, akan digantung / dibuang sekolah. (MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN DAN PENTADBIRAN)
Kesalahan Berat
- Tidak hadir ke madrasah lebih daripada 3 hari berturut-turut tanpa pemberitahuan bertulis kepada mudir atau pihak pentadbiran atau guru kelas.
- Meninggalkan kawasan madrasah tanpa kebenaran dengan apa juga cara sama ada siang atau malam dengan waris atau tidak.
- Bertemu dengan orang asing yang diragui di kawasan atau luar madrasah.
- Mencuba / Menjalin hubungan terlarang (Homoseksual).
- Mencuri atau merosakkan harta benda madrasah, asrama atau warga madrasah.
- Membuat kenyataan negatif tanpa perbincangan dengan apa sahaja berhubung Institusi di akhbar, sebaran am yang memburukkan Darul Ulum atau menulis ke mana – mana jabatan tanpa merujuk atau memohon pertimbangan pihak pentadbiran.
- Mencabar, mengugut, memeras, membuli atau mengancam serta menggunakan kekerasan kepada warga Darul Ulum Az Zahra.
- Menceroboh kawasan atau hak orang lain.
- Melawan dengan lisan dan perbuatan secara kekerasan kepada warga Darul Ulum Az Zahra.
- Mengadakan perhimpunan atau perjumpaan menggunakan alat dan bangunan sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbiran.
- Sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan tujuan membuat kacau bilau dan perpecahan.
- Membeli, menyimpan, membaca, melihat atau mengedar gambar atau bahan lucah.
- Menghisap, menyimpan, meminum atau membawa masuk bahan yang memabukkan yang boleh menghilangkan kewarasan akal, rokok, minuman keras atau berjudi.
- Menyimpan, memiliki, membawa, mengambil, menggunakan atau mengedar dadah.
- Lain-lain perkara yang setara.
Tindakan
- Rekod sebagai kesalahan berat dan membuat akuan bertulis.
- Memaklumkan dan memanggil ibubapa/penjaga dan akujanji bertulis.
- Merujuk kes kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
- Jika pelajar tersebut ditaja oleh mana mana pihak, tajaan ditarik segala kemudahan biasiswa @ dermasiswa.
- Surat akujanji.
- Digantung kelas / dibuang bagi kes kesalahan berat.
- Laporan kepada pihak berkuasa -jika perlu.
UMUM
- Semua pelajar Darul Ulum Az Zahra adalah tertakluk kepada peraturan- peraturan dan undang-undang tubuh Sekolah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor ini sebagai Institusi agama yang dipandang tingggi oleh masyarakat.
- Peraturan-peraturan yang disenaraikan di sini adalah muktamad. Oleh itu pelajar-pelajar mestilah menggunakan fikiran yang waras dan bijak dalam segala tindakan dan kelakuan supaya selaras dengan kehendak pihak pentadbiran yang inginkan kebaikan buat semua pelajar.
- Pelajar-pelajar Darul Ulum Az Zahra mestilah mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi dan sentiasa menjaga nama baik dan imej madrasah di mana-mana sahaja pelajar itu berada.
- Adalah diharapkan peraturan dan undang-undang Darul Ulum Az Zahra ini akan dapat membimbing pelajar- pelajar dalam membentuk akhlak yang baik dan menjadikan disiplin dan sahsiah diri yang sebaik-baiknya untuk menuntut ilmu.