Tentang Darul Ulum Az Zahra

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi saw.

Darul Ulum Az Zahra adalah HQ kepada rangkaian kumpulan Az Zahra yang bernombor Pendaftaran Kod Sekolah JAKIM: BZH 8047. Institusi ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 2001 dan sehingga kini terdapat seramai 400 orang  murid dan guru seramai 38 orang (termasuk cawangan).

Jumlah pelajar yang telah hafiz di bawah seliaan kumpulan Az Zahra seramai 263 orang pelajar (226 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan) bagi Jurusan Tahfiz serta selebihnya melanjutkan pengajian ke pelbagai bidang agama dan professional termasuk pengajian Islam di Darul Ulum Az Zahra.

  • VISI – Melahirkan Generasi Ulul Albab dan membangunkan masyarakat Qurani

  • MISI – Melahirkan Ulama’ Rabbani, Huffaz yang berketerampilan, membentuk sahsiah diri anak anak untuk cintakan ilmu pengetahuan agama, kreatif, berkemahiran dan memupuk generasi Huffaz Profesional

  • SLOGAN – ILMU, IMAN, AMAL

  • OBJEKTIF – Memelihara kesucian agama Islam selari dengan perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan

Memiliki keluasan sebesar 92,000.00 kaki persegi, institusi ini telah memuatkan 4 blok bangunan sekolah dan asrama, 1 blok bangunan kantin dan Kompleks Sukan yang tersendiri. Kami menganggarkan pengambilan minima murid seramai 500 orang dan maksima murid adalah seramai 600 orang pada tahun 2023 di 4 cawangan rangkaian Az Zahra.